Khamis, November 17

Selalu Mengalah

Seringkali terjadi pertengkaran, tetapi mengapa aku yang sentiasa perlu mengalah? sedangkan itu bukan silapku. Kekasih, jelaskanlah padaku tentang isi hatimu itu. Berapa besar keyakinan yang kau berikan padaku untuk terus bisa bertahan denganku dan supaya aku dapat menjaga cinta ini.

Pertengkaran yang terjadi seperti semuanya salahku. Aku sering mengalah supaya ianya tidak menyakitkan hatimu. Tapi, pernahkah kau berfikir walau sejenak tentang rasa hatiku? Mengapa ku yang harus mengalah? Tingginya egomu sayang. Saat itu, membuatkan aku terfikir, pantaskah hatiku masih bisa bersamamu? kerana sayang dan cinta ini, aku akan terus bertahan.

Aku hanya mampu memohon maaf andai semuanya silapku, tapi fahamilah hatiku ini. Aku merinduimu yang dulu! Kemana hilangnya detik-detik indah dulu? Bila ku membicarakannya, jawapanmu seringkali memihak padamu. "Kadang-kadang manusia memerlukan perubahan." Iye, aku sendiri tak dapat menafikannya, tapi biarlah perubahan itu kearah kebaikan, perubahan yang bisa merapatkan hubungan kita yang jauh ni. Dan sekali lagi aku harus mengalah. Tidak sesekali aku meminta kau menjadi seperti yang aku inginkan.

Aku mengalah bukan kerana aku lemah, tapi kerana terlalu dalam cinta ini buatmu.
Aku mengalah bukan kerana memang aku yang salah, tapi hanya untuk menjaga hati insan yang paling aku sayang.
Aku mengalah bukan kerana aku tewas, tetapi kerana aku cuba menjadi kuat.

Andainya kerana aku suka mengalah membuatkan kau mudah memperkotak-katikkan aku, biarlah aku pergi. Membawa hati yang sering dilukai ini. Sekiranya benar kau menyayangi aku, tulus mencintaiku, gapailah tanganku sebelum aku melangkah jauh. Aku menunggumu sayang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan