Sabtu, April 14

Jujur dari hati

Salah ke kalau berlaku jujur?  Salah ke kalau mempercayai kata hati dan gerak naluri sendiri?  Aku mudah untuk mendengar dan percaya apa yang orang lain cakap. Tapi dalam certain hal, aku teramat payah mendengar kata or lebih sesuai dikatakan “degil.”  Yes, aku takkan percaya sesuatu yang buruk kalau perkara tu bukan dari seseorang yang aku kenal, percaya dan dari seseorang yang aku sayang.  Ada bantahan?

Maybe orang akan cakap,
“Cinta dah membutakan matamu,”
“Kenapa perlu percaya pada seseorang yang suka menipu?”
“Kau pasangan dia, confirm2 la taknak percaya apa yang orang cakap sebab takut kena tinggal,”
“Eleh, kau tu taknak percaya sebab kau pun sama, penipu!”
“You…menipu sebab nak terus bersama dia.”

Aku tak pernah menipu untuk dapatkan seorang lelaki! Untuk apa aku melukakan orang semata-mata untuk dapatkan dia, hamba Allah yang kerdil ni? Untuk apa? Tolong jawab untuk apa! Apa yang aku akan dapat kalau menipu? Dapat dia? Yeah! Maybe, but bahagia ke aku kalau adakan hubungan dengan seseorang dalam masa yang sama menyakiti hati wanita lain? Ya Allah, kejamnya aku sebagai manusia. Tapi aku memang tak pernah terfikir nak lakukan begitu pada wanita lain, aku ada akal. Aku turut berfikir, macam mana kalau aku ditempat diorang? Kenapa aku dituduh begitu sekali? Kejamkah dunia? 

Wahai wanita...don't judge a book by its cover. Aku ikhlas dengan dia. Aku sayangkan dia. Aku tak pernah tahu dia mempermainkanmu hanya untuk bersamaku. Di awal2 perhubungan ni aku selalu mengingatkan dia. "Awak...saya taknak teruskan hubungan ni kalau ada insan yang terluka especially mantan2 awak. Sebelum kita teruskan lebih jauh, saya harap awak betol2 pastikan tiada seorang pon yang akan kecewa. Awak, dia or saya. Bukan berlagak berhati mulia, sedangkan hati saya turut terluka. Tapi saya tak mampu berbahagia atas kelukaan orang lain." 
"So, awak nak saya buat apa? Layan diorang elok2, terima diorang balik dalam hidup saya??"
"Nope! Selesaikan masalah awak dengan cara elok. Tu maksud saya...kita manusia, tak lepas dari melakukan kesilapan. Awak...kita berhak untuk bahagia. We deserve it! But, kita tak berhak untuk melukakan hati orang lain. Kalau awak nak bahagia, awak kena pastikan ex2 awak dulu terlebih dulu bahagia. Masa tu, insyaAllah, hati kita bahagia dan tenang."

Aku bukan insan yang terlalu mulia. Aku punya hati dan perasaan yang bisa terluka, menangis. Tapi aku tak sanggup tengok orang lain menangis kerana aku. 

Kalau la bayu boleh sampaikan apa yang tercoret ni kepada insan-insan tertentu. Khabarkan pada mereka. Aku bukan pembohong. Jangan samakan aku dengan orang lain yang berbohong untuk bersama yang tersayang. Aku lebih rela hilang kesayangan ku dari hilangnya nilai kemanusiaan dalam diri ni.

Pada yang tersayang...
Awak, tolong maafkan saya. Saya masih belum percaya dengan kebenaran tu. Saya tetap boleh terima awak meskipun awak bukan awak. Saya masih sayangkan awak. Saya takkan minta awak tetap dengan saya kalau awak awal-awal lagi dah lepaskan saya. Saya cuma harap awak bahagia. Awak cuma perlu ingat sesuatu. InsyaAllah, selagi diizinkan Allah saya akan tetap disini. Menunggu, menunggu dan menunggu awak. Sampai awak kata "awak, pergilah...saya tak pernah sayangkan awak, saya tak pernah cintakan awak. Saya mainkan awak je." Saat tu, kaki saya akan melangkah. Pergi jauh dari hidup awak.
Andai ada takdir yang Allah tetapkan untuk kita, saya ingin bertentang mata dengan awak.

Rabu, Mac 28

permainan hati

Saat hubungan ini sedang mekar dibajai bunga-bunga cinta dan kasih, mengapa mesti datang seseorang untuk meragui pilihan hatiku?
Saat aku mula mengecapi bahagia, dia hadir mencipta derita

Siapa aku menolak kehendak takdir
Meski hati ini terlalu cinta
Andai ia berlandaskan pembohongan
Ibarat menelan pasir dilautan

Kebenaran pasti terungkap jua

Khamis, November 24

Dia dan Kamu

Saat terpandang wajahnya, hatiku masih mampu berdetak kencang. Apakah lagi makna perasaan itu? Jiwa aku tak pernah tenang bila berhadapan dengan wajah itu. Jadi apakah makna aku mengatakan sayang pada insan yang mewarnai hidupku sekarang? Ya, aku sayangkan dia. Tapi separuh hati aku masih mencintai wajah itu. Ya Allah, berdosanya aku sebagai hambaMu. Aku tidak pernah berniat untuk mempermainkan perasaan seorang lelaki yang cukup istimewa dihatiku itu. Sebaliknya aku sendiri tidak mampu menipu perasaan sayang yang masih bertapak dalam ini, ia seolah-olah telah sebati dalam jiwaku.

Tiga purnama tidak bersua, masih mampu melahirkan getaran didada. Sungguh, aku rindu untuk kembali menatap wajah itu, rindu untuk merenung ke dalam matanya, mencari cinta yang mungkin masih bersisa untukku. Renungan jauh yang masih membuatkan aku tidak keruan, cinta lagikah aku padanya?

Aku menerima insan lain itu kerana aku menyayanginya dan dalam masa yang sama ingin melupakan semua kenangan aku tentang wajah itu. Tamakkah aku? Pentingkan dirikah aku? Sedang disaat insan itu terlalu menyayangi aku, malah mungkin mencintai aku, aku masih lagi menyebut-nyebut sebaris nama yang bisa menggetarkan perasaan. Maafkan aku sayang. Terlalu lama perasaan ini bertapak dalam hatiku, terlalu banyak kenangan yang aku ciptakan bersamanya. Aku masih belajar mencintaimu.

Wajah semalam... Maafkan aku andainya aku melukakan hatimu. Tapi berkatalah pada dunia sekalipun, aku tahu bukan salahku perpisahan ini terjadi. Kau memulakan angkara, sedangkan aku begitu setia memegang janji-janji kita. Sedang hati ini terlalu mencintaimu kau berlalu memetik bunga lain yang lebih memikat. Aku kau buang dengan janji-janji manismu itu. Saat itulah aku mula berpaling mencari insan yang sudi menyayangi aku dengan tulus, lebih menghargai aku. Pada fikiranku, aku tidak lagi diperlukan dan peluang untuk kembali padamu kosong! Menyesal sekalipun, tak mungkin aku kembali padamu, biarlah takdir yang menentukan.

Insan teristimewa... Padamu jua ku pohon kemaafan, kerna hati ini masih mengingati si dia. Tapi kau tetap dihatiku, insan yang aku sayangi. Akan ku cuba pupuk rasa cinta ini buatmu dan sekali ku kata cinta, aku takkan pernah mengingkarinya, aku betul-betul maksudnya apa yang aku bicarakan. Andainya suatu hari nanti aku masih tidak mampu mencintaimu sebagaimana kau mencintaiku, izinkan aku pergi membawa diri. Kau berhak bahagia dengan insan yang lebih menyayangimu. Tapi sekarang, aku ikhlas menyayangi dan sedang belajar mencintaimu.

Dia adalah kenangan terindah yang pernah aku rasai...
Kau adalah anugerah terhebat yang aku miliki...

Khamis, November 17

Selalu Mengalah

Seringkali terjadi pertengkaran, tetapi mengapa aku yang sentiasa perlu mengalah? sedangkan itu bukan silapku. Kekasih, jelaskanlah padaku tentang isi hatimu itu. Berapa besar keyakinan yang kau berikan padaku untuk terus bisa bertahan denganku dan supaya aku dapat menjaga cinta ini.

Pertengkaran yang terjadi seperti semuanya salahku. Aku sering mengalah supaya ianya tidak menyakitkan hatimu. Tapi, pernahkah kau berfikir walau sejenak tentang rasa hatiku? Mengapa ku yang harus mengalah? Tingginya egomu sayang. Saat itu, membuatkan aku terfikir, pantaskah hatiku masih bisa bersamamu? kerana sayang dan cinta ini, aku akan terus bertahan.

Aku hanya mampu memohon maaf andai semuanya silapku, tapi fahamilah hatiku ini. Aku merinduimu yang dulu! Kemana hilangnya detik-detik indah dulu? Bila ku membicarakannya, jawapanmu seringkali memihak padamu. "Kadang-kadang manusia memerlukan perubahan." Iye, aku sendiri tak dapat menafikannya, tapi biarlah perubahan itu kearah kebaikan, perubahan yang bisa merapatkan hubungan kita yang jauh ni. Dan sekali lagi aku harus mengalah. Tidak sesekali aku meminta kau menjadi seperti yang aku inginkan.

Aku mengalah bukan kerana aku lemah, tapi kerana terlalu dalam cinta ini buatmu.
Aku mengalah bukan kerana memang aku yang salah, tapi hanya untuk menjaga hati insan yang paling aku sayang.
Aku mengalah bukan kerana aku tewas, tetapi kerana aku cuba menjadi kuat.

Andainya kerana aku suka mengalah membuatkan kau mudah memperkotak-katikkan aku, biarlah aku pergi. Membawa hati yang sering dilukai ini. Sekiranya benar kau menyayangi aku, tulus mencintaiku, gapailah tanganku sebelum aku melangkah jauh. Aku menunggumu sayang.




Isnin, November 14

Melukai dan Dilukai

Tangisan, kekecewaan, kedukaan, kehilangan dan kesunyian ia seringkali menghampiri kehidupan aku.  Ketabahan yang dibina bisa saja runtuh dengan sekelip mata andainya dilukai insan yang disayangi. Tapi benarkah dia yang melukai? Atau aku yang memungkiri dan mungkinkah aku yang melukai?

Sayang, andai benar disitu silapku, maafkanlah aku. Aku insan kerdil yang bisa membuat janji dan mudah memungkirinya, tapi itu bukan niatku. Aku sentiasa cuba menjadi terbaik untukmu sayang. Keadaan seringkali menguji kita. Andai ku tahu begini jadinya, tidak sesekali aku menabur janji. 

Disaat aku melukai hatimu, hatiku turut sama terluka dengan tingkahku sendiri. Bukan alasan yang cuba kuberikan tapi semuanya adalah penjelasan agar tiada salah faham antara kita. Janjiku ingin selalu ada disisimu saat suka dan duka, ya itu memang janjiku padamu dan diriku sendiri. Di samping insan yang tersayang. Disaat kau memerlukan walaupun kau sering melupakan kehadiranku. 

Jika kerna tidak mahu aku sama-sama terbeban dengan masalahmu, apa gunanya aku sebagai teman istimewamu? Apa erti kehadiran aku dalam hidupmu? Bermakna lagikah aku? Aku memberi kau waktu agar kau rasai kehilanganku. Agar kau menenangkan dirimu, mencari dimana salahku ataupun dirimu. Aku juga perlukan masa itu.